|
|
| Thursday, 1-Jan-2099 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Photographer Service
|
|
Muhammad Fadhil bin Masri
Graphic Designer & Photographer
mufahaphotography@yahoo.com
012-6837974
pengumuman kepada semua, bahawa telefon bimbit saya hilang samaada diseluk atau tercicir saya tidak pasti. Kepada anda yang cuba menghubungi dan menghantar pesanan ringkas SMS kepada saya, saya memohon maaf kerana tidak dapat menjawab dan membalas SMS. Saya akan cuba mendapatkan kembali nombor di atas secepat mungkin. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghantarkan e-mail ke alamat e-mail seperti yang tertera di atas dan saya akan membalas secepat mungkin. Terima Kasih
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Aug-2008 04:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Komuter oh Komuter ::
|
|
12 Jun 2008, 6.15PM. Aku menunggu komuter agak lama di stesyen Subang Jaya nak menuju KL Sentral. Lebih kurang 40minit kemudian tren ke KL pun tiba. Apa lagi, bila tren dah lewat, platform pun penuh lah dengan penumpang. Semua berebut-rebut berasak-asak nak naik tren. Fuhhh, lepas jugak aku naik tren komuter ni. Tapi macam biasa lah, berhimpit macam tin sardin. Dengan aircond tak berfungsi dengan baik.
5 minit berlalu, 10 minit berlalu dan...15 minit pun telah berlalu. Namun tren masih belum meneruskan perjalanan. Sedikit demi sedikit penumpang keluar dari tren kerana keadaan yang panas lah tu dalam tren. Kemudian diumumkan bahawa tren mengalami masalah teknikal dan gagal meneruskan perjalanan. Semua penumpang diminta mengosongkan tren dan menunggu tren ke KL di platform sebelah. Apa lagi, baki penumpang yang tinggal tu pun berduyun-duyun la keluar dari tren nak ke platform sebelah. Aku keluar dan rasa malas nak ke platform sebelah. Nak duduk dulu kejap.
Sambil-sambil duduk, ambek lah gamba sikit. Wide lens tak bawak lah pulak. pakai je lah tele 70-200 tu. Bile tren kosong, aku nampak lah sorang OKU baru keluar dari tren dengan kerusi roda. Aku nampak dia mengeluh, sebab macamana dia nak ke platform sebelah???. Takkan baru nak buat kemudahan untuk orang-orang kurang upaya??? Komuter ni dah berapa lama beroperasi??? Baru akhir2-akhir ni nak terfikir ke nak buat lift??? MALAYSIAKU CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG!!! Kesian lah tengok. Aku rasa ramai orang tahu isu pengangkutan awam tidak menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya ni dah berbuih dah di utarakan. Sejak bertahun-tahun, baru akhir-akhir ni aku nampak positif sikit.
Yang aku nampak ketara dari mula pembinaan dan penubuhan sesuatu pengankutan awam, LRT Putra je yang nampak 100% memberi kemudahan kepada golongan OKU ni terutama yang berkerusi roda. Baik dari segi kemudahan lift, tandas dan jalan yang landai berbanding tangga. huhuhuhu
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 14-Aug-2008 04:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Balqis ::
|
|
Baru sampai rumah. terus dukung baby Balqis. Gelak ceria dia tengok abi ye. Ape lagi, mintak tolong ummi ambik gamba abi dengan Balqis lah.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Aug-2008 19:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Proses pembiakan kulat ::
|
|
Hohohoho, gamba kulat la pulak. Gambar ni aku ambek sebab adik ipar aku punya assignment. Tah, aku kurang faham mende2 ni walaupun dah diterangkan sikit. wahahaha. Yang aku tau, kulat ni membiak dengan cara berbeza mengikut keadaan sekeliling dia. Kata adik ipar aku, tah aku lupa bekas yang mana tah, ada bakteria merbahaya jugak dalam tu. Walaupun dalam bekas terutup, dia kata baik tutup hidung dgn mulut masa nak shoot sebab bakteria tu senang sgt berjangkit...Arrrr rimas aku nak tutup mulut dgn hidung nih..Shoot je aku..Masa shoot tu, wife aku dgn ummi aku pun ada. Tapi ummi aku jauh pun dari mende nih...
Selang keesokkannya, wife aku sakit tekak, pastu demam seleseme. ummi aku pun demam + sakit tekak + selesema sikit. Dan adik ipar aku pun demam + seleseme...Huhuhu, memang betol kata dia. Padahal time shoot tu wife aku jauh dari mende tu tak sentuh langsung. Aku yang dok pegang2 shoot dekat dekat sbb nak macro, xder plak demam ke sakit tekak ke mahupun seleseme. huhuhuhu. Tu semua terletak dengan kuasa dan kehendak Allah.
Kalau dok perhati, memang ketara da mcm line sikit tu. Hahahahaha. Sensor kamera berhabuk malas giler nak cuci and sevice. Dan aku pun malas nak edit gamba tu jugak..wahhahaha
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 5-Aug-2008 03:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Akukah ini? ::
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Aug-2008 10:58 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Jejantas Penghubung ::
|
|
Jejantas ni menghubungkan terus antara Bank Negara menuju ke LRT Bandaraya melintasi jalan yang sentiasa sibuk (Jalan Kuching). Boleh dikatakan penghubung utama bagi orang ramai yang ingin menuju antara dua tempat tersebut. Kalau tak, alamatnya kene ikut simpang di jalan kinabalu lah. Huh, jauh tu nak berjalan.
Jejantas ni jugak lah yang aku gunakan untuk menyambung Tren Komuter dari LRT Bandaraya untuk ke office di subang jaya. Dulu masa mula-mula memang agak terasa lah penant sebab agak mendaki lah jajantas ni. Lama-kelamaan dah biasa. Rasa penant tu dah kurang.
Waktu pagi seawal 6.20am ketika melalui jejantas ni memang agak sunyi. Dengan keadaan gelap lagi. huhuhu. Walaupun ada kamera dan penggera keselamatan, namun rasa risau pun ada lebih-lebih lagi kalau mereka tu lemah semangat. Pernah sekali aku berjalan agak laju ketika menggunakan jejantas ni sebab nak dapatkan komuter awal, kebetulan ada seorang perempuan dihadapan aku berjalan agak perlahan...penat ler tu...wahahahaha  ...bila aku berselisih di sebelah dia, dia macam takut, terkejut, terperanjat. Entah??? aku rasa dia ingat ada orang nak ragut dia ke apa. Hehehehe.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 3-Aug-2008 05:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Balqis ::
|
|
Dah, stop shoot wedding untuk sementara waktu. Kepala pun tengah serabut. Tapi biler melihatkan Balqis anak ku yg comel, hilang rasa serabut. Ni Balqis demam lagik. Bawak dia pi taska haritu dekat dengan rumah aku. Dah bayar pun duit haritu deposit aku kira dalam 70%. 3 hari je sanggup, dah tak nak hantar lagi. tau nak untung je. tanggungjawab dia pi letak tepi. Biler ummi dia ambek je balqis mesti mata bngkak nangis dengan baju basah dia tak tukar. Biler wife aku tanyer kenapa baju Balqis basah teruk ni. Dia boleh jawab. " ohhh, sikit je ni..sikit je". Bodoh bengap!!! memang aku marah tol dengar. tu boleh menyebabkan baby lelah!!!...Memang hari ketiga tu last. Dah tak hantar sana lagi. Sekarang nenek dia jaga pulak...
Demam terus Balqis sebab berjangkit kat taska tu lah. Aku tgk hingus budak2 kat sana meleleh je diorang buat bodoh je sampai termakan hingus budak2 tu. Mula2 Balqis selseme dengan demam dalam seminggu mcmtu, kemudian diikuti dengan batuk la plak. Aku pun risau, haritu selepas balik kerja, terus bawak dia pi Az-Zahrah. Alhamdulillah nasib baik cuma kahak je, paru2 ok. Alhamdulillah. Banyak ubat Balqis kena makan. Kesian anak abi..La ni baby Balqis tengah tido tu...sejuuukkkk hati aku tegok Balqis tido walaupun dia dah semakin ligat. Baru je tadik dia pi cakar ummi dia..hehehehe
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 15:55 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Suziana & Azuan (part 03) ::
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 15:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Suziana & Azuan (part 02) ::
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Monday, 21-Jul-2008 15:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Suziana & Azuan (part 01) ::
|
|
|
|
|
|
|