Want your
own Fotopage?












 
WEDDING PHOTOGRAPHER / JURUFOTO PERKAHWINAN

By: m u f a h a p h o t o g r a p h y

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 7-Nov-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: Syawal Celebration (Office) ::

Ermmmm, lama betul tak usik kamera. Sibuk gila dengan keje lagi dengan urusan keluarga lagi. Ada la jugak dapat snap sekeping dua untuk waktu nih. Awal minggu ni, office kat tempat aku kerja buat makan-makan sempena menyambut syawal. Nak kata sempena sambutan Aidulfitri takde la jugak sebab dah penghujung syawal lah pun. Plan memang baik sebab semua staff hadir. Makanan pun alhamdulillah banyak. Kalau ikutkan, satu office aku pun xboleh habiskan makanan tu semua, dan akhirnya panggel jugak Group Company join sekali. Tapi makanan still banyak lagi. Apa lagi, tapau la weh. Taknak le membazir. Kita kat sini senang je carik makan, la ni pun makanan carik kita tu..Tempat lain yang "dhoif" tu diorang nak dapatkan sesuap nasi pun susah tuuuu...





m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Sunday, 7-Oct-2007 03:50 Email | Share | | Bookmark
:: Canon 430EX - SOLD ::






RM850.00

m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo

Care to comment?


Tuesday, 11-Sep-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: H&P Food Station Enterprise ::

Selesai sudah sesi aku shoot produk yang ni. Agak lama jugak nak siapkan job ni disebabkan dengan kerja office aku yang melambak2. Produk dia semua berasaskan makanan dan barangan kraftangan. Produk utama kedai ni adalah kerepek. Ummmmppphh, sedaap . Cantik jugak barang-barang kraftangan yang dijual dan boleh dikata murah kalau nak banding dengan kat kl ni.

Terletak di jalan utama pintu masuk ke lapangan terbang Batu Berendam Melaka. Kira-kira 4 kilometer dari persimpangan tol plus ayer keroh dan hanya 500 meter dari lapangan terbang Batu Berendam Melaka. Kalau ada yang nak singgah nak mencuba kerepek di kedai ni, aku sertakan alamat sekali. Barangan kraftangan yang di jual seperti bakul juga menarik tu. Kuih muih pun banyak dijual. Nak-nak tu kalau menjelang musim perayaan nanti. Kepada mereka yang tinggal berdekatan kawasan ni, singgahlah untuk memborong kuih-muih untuk musim perayaan nanti .


H&P Food Station Enterprise
MC005 Jalan SB Utama,
Taman Seri Bayan,
76100 D.T. Melaka.
Tel: (+606) 2323981 | Mob: (+6013) 6139981








[color=green]m u f a h a P h o t o g r a p h y

Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Friday, 10-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: Menentukan kualiti kanta lensa ::

Entah, dah bosan sangat. Sangat malas nak outdoor shoot. Ambek gambar bodoh² je lah jawabnya. Shoot ni pun sebab nak letgo lensa cap kambeng nih. Kasi tunjuk sikit kualiti kanta lensa tu yang sememangnya superb. Wahahahahaha. Entah, aku pun pelik, kenapalah aku ada banyak lensa jenis nih (tamron AF19-35D). hahahahaha . Nak kata best sangat tu, taxder la. Tapi best la, kot. huishhh, tah..bosan, aku tak tau nak type apa lagi dah..


m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Sunday, 5-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: Zoo Melaka ::

Jalan-jalan makan angin. Pegi zoo melaka bersama keluarga la pulak. Kali pertama sampai sana. Ok lah tempat tuh. Penat jugak jalan dalam zoo tuh. Tapi yang tak best nya plak, hujan ler pulak time aku sampai tu. Jadi pergerakan agak terbatas masa tuh. Kitorang sampai sana pun dalam pukul 5 petang. Masa pun terhad sebab hari semakin gelap dan ada urusan lain pulak selepas tu. Kira bekerja sambil bercuti la tu. wahahahaha.


m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Sunday, 8-Jul-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Majlis Persandingan Fizan & Liana ::

Seawal 11 tengahari aku dah berada di tempat majlis. Majlis persandingan mereka dilangsungkan di Dewan Bagunan Getah Asli jalan ampang, depan KLCC. Lebih kurang pukul 11.50 macamtu lah, jemputan dah mula hadir. Perarakan pengantin menuju ke pelamin plak lebih kurang pukul 2. Dimulakan dengan acara merenjis dan tepung tawar. Kemudian diikuti dengan makan beradap plak....Ramai jugak jemputan yang hadir. Biasalah tu, kenduri kahwin . Lebih kurang pukul 4 petang macamtu, jemputan semakin beransur pulang. Dalam pukul 5 macamtu, selesai tugas aku merakamkan gambar detik bermakna mereka berdua..




















m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Saturday, 7-Jul-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
:: Nikah Fizan & Liana ::

Alhamdulillah, selesai sudah majlis pernikahan mereka pada 07/07/2007. Cantek tarihk tu . Majlis pernikahan mereka dilangsungkan bertempat di Masjid Al-Aqram Datuk Keramat. Dengan hanya 2x lafaz jek, dah sah mereka jadi suami isteri. Selesai sudah Majlis Akad Nikah dilangsungkan, segera bergegas folow rombongan pulang ke rumah pengantin perempuan untuk shot barang hantaran dan pasangan pengantin berposing . Selepas selesai sudah shot pengantin baru berposing, maka selesai lah tugas aku merakam kan gambar untuk hari tuh.








m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Monday, 25-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: Muhammad Afiq ::


m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Tuesday, 19-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: Afiqah lagi ::

Afiqah semangat berposing kat rumah nenek neh. Tayang topi baru lagi tu.

m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


Friday, 15-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
:: macam-macam ::


Memang tak dinafikan lagi, masih ada lagi segelintir pemikiran orang sekarang ni, kenapa bayar mahal hanya untuk upah ambik gambar, kemudian just cuci je. "alaa, just pakai digital kamera pun. Bukan pakai filem macam dulu dah. Jadi kenapa nak charge mahal-mahal." Banyak perkara sebenarnya yang perlu dibuat dan perlu diambil kira samaada sebelum, semasa atau selepas proses kerja mengambil gambar. Bukan hanya sekadar snap kemudian cuci.

Antara proses sebelum mengambil gambar, kena pastikan nilaian pengatup, kena pastikan memory card tidak rosak dan banyak lagi sebenarnya. Kalau nilaian pengatup dah tahap uzur tu dalam 90000++, kena lah tukar. Kena pakai duit lagi tu . Ada lah dalam RM500 paling kurang. Berbeza mengikut jenis kamera. Kamera dan peralatan yang dibeli tu kalau mahal sampai belasan ribu, sudah tentu kos untuk service dan penjagaan adalah tinggi. Duit lagi .

Proses semasa mengambil gambar pula, photographer kena tau aturcara majlis. Kena kehulu kehilir untuk mendapatkan gambar terbaik. Tak semua gambar yang kita snap tu menjadi. Kira macam “kos melepas”. Kiranya kalau dah tak boleh diselamatkan lg buang tong sampah je gambar tu

Proses yang paling lama sekali tu merupakan proses melilih, mengedit dan mencetak gambar. Kena pilih dulu gambar yang terbaik. Kemudian tu kita nak kena edit satu persatu gambar yang perlu. Selepas siap proses edit gambar tu, nak kena cetak pulak kat kedai. Kalau printing tak cantik macam gelap ke, skintone tak cantik ke, semua tu nak kena cetak balik. Duit lagi tu . Banyak lagi kos, seperti album lagi….
BUKAN SEKADAR TEKAN SHUTTER, KEMUDIAN CUCI!!!

Al kisahlah, wedding photographer neh, mesti banyak karenah customer diorang dah jumpa. Lagi lama diorang dalam bidang senifoto, lagi banyak lah pengalaman. Sama lah macam aku, walaupun masih baru biz wedding photo nih, tapi dah banyak sangat karenah customer aku rasa.

Ada customer yang baik hati sangat. Sampai nak bayar payment full dulu. Kemudian bila sampai tempat majlis, orang tua pengantin bagi lagi pulak duit. Aku segan nak terima dah tolak aku kata sebab pengantin dah bayar semua. Dia bagi jugak, then kata hadiah sebab kos perjalanan datang ke tempat majlis dan “penat photographer nak ambek gambar nanti”..rezeki jangan ditolak..hahahahaha…mak pengantin tu yang cakap macamtu. Baik hati, murah rezeki diorang sekeluarga.. ameen

Ada customer yang OK lah. Tak cerewet sangat. Macamana kita kata, macamtu lah dia terima. Payment pun tak sangkut takder banyak karenah sangat.kalau setakat mintak tolong edit gamba sikit-sikit ok lah.

Namun begitu, ada jugak segelintir mentaliti orang ni, macam yang aku kata sebelum tadi lah. BUKAN SEKADAR TEKAN SHUTTER, KEMUDIAN CUCI!!! Customer yang boleh kata “SELFISH” jugak lah. Dia refer package sekian-sekian, then asyik mintak murah je. Memang tak salahkan dia tentang tu, sebab tu hak dia. Susah jugak nak bagi murah sebab kena tanggung kos perjalanan lagi. Dari kl nak bertolak ke hulu boleh kata sempadan Negara jiran lah tu. Pegi balik memang mencecah dalam hampir RM300 jugak tu dah habis. Deposit dah dibayar lama, dan deposit pun dah habis untuk kos pergi dan balik sahaja.

Dipendekkan cerita, bila kerja kat sana dah selesai, punyalah semangat nak siapkan proses kerja bila dah balik kl nih. Bila semua dah ready, then bagitau lah nak serahkan hasil kerja dan nak dapatkan baki payment. Ok, hasil kerja dah serahkan, baki payment pun dah dapat. Tapi customer masih tak puas hati. Nak gambar lebih. Nak itu ini lah. Mengungkit apa dalam package tak sama dengan apa yang dia dapat. Dia tak sedar ke kos pegi balik dari kl. Kemudian jauh plak tu lagi campur penat lagi. Nak ikutkan pun, berapa sen sangat dapat memang tak untung langsung rugi ada ler..

Malas nak kecoh, pulangkan 30% kemudian. Senang orang tu. Tak lama lepas tu, boleh pulak msg kata lebih kurang macam ni ler “kalau boleh, bagi duit tu esok atau lusa sebab ada hal nak pakai duit tu tau”. Ermmm, tak tau nak kata apa lah. Korang fikir sendiri Sebenarnya manusia nih ikhlas ke tak. ALLAH je lah tau.Takpe lah, memang cara hidup dia macamtu agaknya. Apa-apa pun, biarlah customer rasa puas hati ye tak . Ni lah pengalaman paling teruk pernah rasa. Tak per, inilah dugaan. Sesuatu yang dapat masa tu jadi pengajaran bermakna untuk diri. Nilah dia cerita seposen dua daripada aku. Yang baik semua datang daripada Allah, yang buruk datang dari kelemahan diri aku sendiri…


m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com

Care to comment?


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.