|
|
| Sunday, 11-Feb-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Le Tour De Langkawi 2007 - Kuala Lumpur ::
|
|
Hari agak panas waktu tu. Teruk berpeluh jugak aku. Aku ke dataran sekejap melihat apa sambuatan di sana. Dari dataran aku terus menuju ke Jalan P.Ramlee berhadapan KLCC. Muz call aku kata dia dah ada di Jalan P.Ramlee. Then, aku pun cargas. Pukul 12.45 tengah hari aku sampai KLCC. Sampai sana terus jumpa dia dan beberapa orang lagi yang aku kenal jugak lah sikit-sikit. Lepas tu, diorang terus blah sebab kata perut lapar. Aku dengan muz terus ke surau solat zohor dulu. Kat sana lah jumpa pulak hakam dgn member dia. Lepas solat, kitorang cargas terus ke tempat tadi. Waaahhh, makin ramai photog kat area tu. Standby, sementara tunggu kelompok hadapan datang.
Aku ambek tempat kat bawah pokok je mula dulu sebab terlalu panas. mula-mula tu memang susah nak shot, sebab ada je yang blocking kat depan. Terlalu ramai sangat photog. Tapi lepas beberapa pusingan, photog makin berkurangan. Diorang blah tempat lain and mungkin ke dataran merdeka la pulak. Senang la sikit nak shot time ni sebab dah tak terlalu pack tapi cuaca tetap agak panas. Panas pun panas lah.
Tujuan awal nak shot panning dan nak shot kelompok pelumba dengan berlatar belakang kan KLCC tu TAPI aku tak bawak lens yang betul-betul cukup wide. 19mm mana cukup..wakakakakakaka . So, aku pun belasah aje lah apa pun. Ada lah jugak gambar daripada takder. Dapatlah jugak aku snap gambar sorang pelumpa malaysia. okey ler tuh kot . Kalau aku pakai film time tu, kira buang tong sampah aje ler jawabnya. Takpe, ni lah dia sesi pembelajaran lah jugak ni pada aku. Lain kali cuba lagi. Panning gambar pelumba asyik tak menjadi jek, last-last panning gamba polis trafik jek time after last lap
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Anak siapa ye ::
|
|
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 18-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Sepasang minyak wangi ::
|
|
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Hutan Lipur Kancing ::
|
|
Semalam aku dengan member-member pegi outing ke hutan lipur kancing. Lebih kurang 7 orang pegi. Aku pegi sebab nak dapat merasai lebih mendalam dengan mengambil gambar-gambar daripada ciptaan Allah. Keindahan hutan dan kesegaran udara susah nak dapat berhampiran KL nih. Tempat tu masih tak banyak berubah daripada 5 - 6 tahun dulu. Masuk tetap kena lah bayar seringgit dan parking pulak kena dua ringgit. Tapi tang bayaran ni mmg rasanya dah 10 tahun tak berubah. Cuma yang aku perasan, bayaran tandas tu dah naik ke 50 sen bebanding 10 tahun dulu bayar 20 sen jek.hehehe .
Aku plan priority aku nak shoot macro mcm serangga, tumbuh-tumbuhan. Tapi malangnya, mata kasar aku tak dapat mengesan banyak kewujudan ciptaan Nya dalam hutan tu. Yang paling tak best pulak tu, time meninjau-ninjau untuk shoot macro tu, kaki aku kena gigit pacat 4 dazz . Aku tak sedar langsung mula-mula, sehinggalah aku balik ke pondok tu, time aku tengah duduk-duduk tiba-tiba jek aku tengok kaki kiri aku berlumuran darah banyak gila. Pastu aku nampak kat kaki kanan aku ada sekor pacat tengah bergembira seronok curik darah aku. Aku dengan terperanjat, terus jek aku cabut pacat campak terus ketepi. Lama gak mengalir keluar jek darah aku.
Tapi memang mcm aku rasa macam sedikit tak best semalam, sebab tak dapat nak shoot macro sangat. Yelah, dah mata kasar aku tak jumpa, nak buat camana lagi.huhuhu kempunan aku. Tapi ada ler seketul 2 jek gambo yang dapat aku capture. Jadilah daripada tak ada langsung. Tapi semalam, aku bayak berlatih memahirkan lagi diri aku dengan bertindak pantas. Contohnya aku snap gambar dalam keadaan yang sama, frame yang sama, tetapi dengan menukar main subject. Aku pakai Nikkor AIS 50mm jek. Lens kegemaran ku.uhuhuhuhu.
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Singgahsana Hotel ::
|
|
Makan-makan di Singgahsana Hotel. Office Group Company makan bersama-sama. Bos belanjerrrr . Gambar dah lama ambek tapi baru ingat nak upload la pulak. Gambar suka-suka je nih lagipun.
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 7-Jan-2007 02:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Playground ::
|
|
Kakak main depan umah wannnnn nie!!merengek nak kuar main depan umah. Aku la kena jaga ni kang dia lepas kemana tah susah nak cari. Suka ya amat...susah tol nak ambek gamba dia ni. Asyik begerak jek susah nak diam nie. Gamba agak soft sikit sebab aku ciumkan soft filter kat depan lens kamera aku ni.
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 30-Dec-2006 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Marlene & Shah at Dewan Merak Kayangan ::
|
|
Testing...hari ni aku ikut torque shoot wedding member dia. Time ni memang aku kepenatan. Bertolak dari rumah lebih kurang pukul 3petang. Sampai destinasi dalam lebih kurang pukul 4.20petang. Pot pet pot pet, test power dulu and dlm lebih kurang lepas solat maghrib baru tembak bebetul. Pada mulanya, timing dlm kol 9.30malam dah boleh gerak. Tapi last2 kol 11malam++ baru balik. Aduhhhh!!!, bertambah lah aku penat dengan ngantuk aku yang memang sudah sedia penat dengan ngantuk..uhuhuhuhu..xleh shoot over-over sangat, nnt kacau line OP lak..
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Dec-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Biar lambat asalkan selamat ::
|
|
Biar lambat asalkan selamat. Teringat balik waktu aku naik teksi dari opis nak ke LRT. Naik je teksi dia lepas tanya arah aku nak kemana, pakcik tu terus bukak cerita. Dia dah bawak teksi dekat 30 tahun. Peeeerggghtt. . Dia cakap la kat aku, masa dia bawak kereta sewa dulu dia pernah ambik penumpang tu gaya macam orang pangkat besar la katanya. Dia tanya kat penumpang tu, "Tuan nak sampai cepat ke atau tuan nak sampai lambat?". Kemudian penumpang tu diam jek tak jawab langsung. Selang beberapa minit, org tu pun jawab "Kalau you bawak laju, belum tentu kita sampai, tapi kalau bawak you bawak ikut undang², pasti kita sampai!"...perrgghhtt semangat gila pakcik tu story. Aku layankan dengar je lah, mengiyakan aje ape yg dia story. Tapi memang betul pun, biar lambat asalkan selamat. Tapi masalahnya, apa kena mengena dengan gambo bawah ni pulak?? ahahaha blasah aje
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 26-Dec-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Bekerja keras ::
|
|
Bekerja keras sebab nak dapatkan makanan. Tak kan datang bergolek kot. Kena ada usaha barulah mendapatkan hasil. Aku tengok labah² tengah asyik menganyam jaring. Sebab apa??sebab diupah oleh labah² lain??sebab kerana makanan ler jawabnya. Tekun aku tengok labah² ni menganyam. Cermat!
m u f a h a P h o t o g r a p h y
Muhammad Fadhil (photographer)
++ 012-6837974
++ mufahaphotography[at]yahoo[dot]com
|
|
|
|
|
|
| Monday, 25-Dec-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
:: Hawa ::
|
|
Wanita juga merupakan anak, isteri mahupun seorang ibu dan juga anugerah, amanah dan tanggungjawab kepada seorang bernama lelaki. Telah disebut!, mudah bagi wanita itu memasuki syurga dan mudah pula baginya memasuki neraka. Wanita lah merupakan Ibu yang mengandungkan kita, melahirkan kita, dan dia juga merupakan isteri kita. Begitu jelas keistimewaan yang telah Allah SWT kurniakan kepada mereka.
Firman Allah dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud;
'Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah belanjakan sebahagian dari harta benda mereka.'
Seperti apa yang di gambarkan oleh Rasulullah saw
"Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita solehah."
|
|
|
|